Lu Po-Yeh: Daripada Etnik Kepada Bangsa by Ng Wee Nee ( Author )
About book 'Lu Po-yeh adalah seorang yang paling berusaha untuk menjambatani kaum Cina di Malaya dengan budaya tempatan, khususnya bangsa Melayu.' SM Zakir 'Buku ini membuka satu tingkap untuk memahami titik permulaan transformasi masyarakat Cina daripada mentaliti diaspora kepada masyarakat tempatan yang mantap.' Florence Kuek 'Buku ini ialah pemerihalan dan analisis terhadap identiti Lu Po-yeh, seorang sasterawan Mahua. Lu Po-yeh, sebagai generasi kedua keturunan Cina di Malaya, telah menghadapi proses penyesuaian dan perubahan dalam perjalanan mencari identiti budaya dan nasionalnya. Dalam penerokaan pembentukan identiti budaya dan nasional beliau, dapat juga diketahui dan difahami proses perubahan pendirian identiti kebanyakan orang Cina di Malaya pada zaman 1950-an - sebelum dan selepas Merdeka - yang berlatarbelakangkan pergolakan sejarah dan komposisi masyarakat pelbagai etnik. Dengan pengalaman hidup Lu Po-yeh dan berikutan perkembangan sejarah, identiti nasional Lu Po-yeh telah berubah daripada kabur, iaitu identiti,China (maya) pada peringkat awal, menjadi jelas, iaitu identiti, Malaya (nyata). Oleh itu, beliau bergiat aktif dalam pembinaan negara bangsa Malaya dan memupuk orang Cina mempelajari bahasa Melayu dan memahami budaya tempatan, serta berusaha mendirikan jambatan bahasa dan budaya antara komuniti orang Cina dan orang Melayu. About the author Ng Wee Nee telah dianugerahi Bacelor Sastera di Universiti Putra Malaysia pada 2003. Selepas itu, beliau memperoleh Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak pada tahun 2004. Seterusnya, beliau berkhidmat sebagai guru di beberapa sekolah menengah kebangsaan sejak tahun 2005. Dalam tempoh 19 tahun, beliau telah bertugas di enam buah sekolah menengah kebangsaan di negeri Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Pada tahun 2020, beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya dan telah berjaya dianugerahi Sarjana Sastera pada tahun 2022.
Strategic Information and Research Development Centre
2023-05-01
9789672464938
Biographies & Memoirs History Politics & Social Sciences
Hardcopy
2 KG
171
2 x 15 x 24 CM
10
5 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.