Dia Pengejar Cinta by Lisa Muhamad ( Author )
BLURB: ADRUS pernah menjadi pengejar cinta DENA. Terlalu mencintai gadis itu sehingga sanggup mahu berhenti belajar dan memperisteri kekasih hati. Namun, lamarannya ditolak kerana Dena terkejarkan lelaki kaya dan berduit. Pada anggapan Adrus, itu sebabnya. Di pihak Dena, lamaran ditolak demi kebaikan lelaki itu. Mengubat kekecewaan, Adrus membawa diri dengan menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Setelah berjaya, dia kembali sebagai Adrus yang berjawatan dan berkerjaya hebat. Dena pula bertugas di hotel yang menjadi tempat penginapan Adrus. Dendam lama kembali mekar. Berpunca daripada mulut lancang Adrus, untuk pertama kalinya lima jari Dena hinggap ke pipi lelaki itu. Menjadi cap mohor yang tak diundang. Atas jasa baik Adrus, perkara itu tidak dipanjangkan. Namun begitu, budinya perlu dibalas! “Adrus ke? Potong jarilah kalau dia akan lepaskan aku macam tu lepas pipi dia kena lempang....” - Dena “Ke nak I yang potongkan? Jari yang mana? Jari manis, jari hantu atau jari kelengkeng?” - Adrus Demi penyelesaikan isu tersebut, Dena terpaksa menjadi housekeeping dan orang suruhan Adrus sepanjang lelaki itu menjadi tetamu di hotel tempatnya berkhidmat. “Sebab yang lainnya, I nak you bawa hutang budi ni sampai mati. Hidup atas jasa I setelah apa yang you dah lakukan pada I!” - Adrus “Baiklah, saya sedia berkhidmat kepada awak pada bila-bila masa yang awak perlukan... dan buat apa sahaja mengikut kemahuan awak!” - Dena Ada dendam yang tersimpan dalam diri Adrus, itu yang pasti. Dalam hati yang paling dalam pula ada perasaan lain yang dipendam. Apakah rasa yang cuba dinafikan? Dena tak harap untuk Adrus muncul kembali. Namun jauh di sudut hati, dia tidak pernah melupakan. Adakah ‘tak harap’ itu sekadar kata-kata?
Love Novel Publishing
2025-08-27
978-629-7553-36-8
Literature & Fiction Romance
Hardcopy
1 KG
496
19 x 12 x 4 CM
5
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.