PENDIDIKAN AKHLAK ANALISIS DAN REKA BENTUK KURIKULUM by ZAHARAH HUSSIN, AHMAD ARIFIN SAPAR & AB HALIM TAMURI ( Author )
Buku Pendidikan Akhlak : Analisis dan Reka Bentuk Kurkulum ini ditulis secara komprehensif dengan pendekatan bahasa yang ilmiah. Terdapat 9 sub-topik yang membicarakan komponen pendidikan akhlak dari aspek falsafah pendidikan aklhak, Rasulallah saw sebagai qudwah hasanah, analisis terperinci akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah serta cara dan faktor dalam mendidik akhlak, Ruang lingkup pendidikan akhlak di Malaysia juga dikupas dengan melihat peranan guru disamping cadangan keperluan bentuk kurikulum aklhlak yang merentas bidang dalam disiplin pengajian Islam. Perbincangan analitikal dan kritis terhadap komponen pendidikan akhlak menjadikan buku ini wajar dijadikan rujukan asas bagi membantu para pelajar, pendidik, golongan sarjana, para penyelidik dan masyarakat awam memahami dengan lebih jelas tentang konsep pendidikan akhlak. Penulis telah membuat analisis sifat mahmudah dan sifat mazmumah dengan huraian dan hujah yang antentik beserta contoh yang sesuai. Variasi sifat-sifat ini dikaitkan dengan ayat-ayat suci Al Quran bagi penjelasan yang lebih luas dan relevan. Tips bagaimana untuk mendidik akhlak perlu dijadikan panduan bagi membina masyarakat beretika dan berjiwa murni. Diharapkan dengan terbitnya buku ini, manfaatnya dapat dikongsi bersama dengan para guru dan pendidik, para ibu bapa, pemimpin masyarakat, ahli akademik, para penyelidik dan pelajar amnya. Semoga bidang ilmu pendidikan akhlak juga dapat dikupas dengan lebih mendalam pada penyelidikan akan datang.
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2017-08-26
978-983-100-917-8
Education & Teaching
Education General
Hardcopy
1 KG
161
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.