Membongkar Kehebatan Para Pejuang Islam | HR Publishing by SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM ( Author )
Pejuang tidak hanya memikirkan tentang dirinya (yang kesakitan dan kepedihan diperlaku oleh pihak yang memusuhinya) tetapi dia mendahulukan masa depan Islam yang diperjuangkan agar diterima oleh semua mereka yang memusuhinya pada hari ini. Lebih menarik dan hebat, para pejuang Islam tidak pernah memandang mereka yang memusuhinya itu sebagai musuh, sebaliknya senantiasa berdoa agar mereka menerima Islam dan perjuangannya pada suatu masa kelak. Justeru inilah matlamat perjuangan dan dakwah Islam. Dalam buku ini dipaparkan empat belas orang mujahid Islam yang telah tercatat dalam sejarah sebagai tokoh yang digeruni musuh bukan sahaja berakhlak indah tetapi juga hebat di medan peperangan. Mereka mendapat teladan dari keperibadian Rasulullah SAW sehingga sepanjang hayat mereka sarat dengan perjuangan membela agama Allah. Empat belas tokoh mujahid Islam tersebut ialah Khalid Al-Walid, Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayybi, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Sa'ad Abi Waqqas, Tariq bin Ziyad, Amru Al-Ash, Sayidina Ali Abi Talib, Salman Al-Farisi, Abu Bakar As-Siddiq, Sayidina Hamzah Bin Abdul Muttalib, Usamah ibn Zaid, Abu Abdullah Zubair ibn AL-Awwam dan Al-Barra' bin Malik.
Hijjaz Records Publishing
2024-02-02
9789672278870
History Reference Politics & Social Sciences
Hardcopy
2 KG
274
4 x 15 x 21 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.