JEJAK KERBAU | NARATIF ETNOGRAFI KOMUNITI BISAYA by AZMAN ANAK ISMAIL ( Author )
Buku digital ini lahir daripada sebuah perjalanan- bukan sekadar perjalanan fizikal menelusuri kampung dan lembah di bumi Sarawak, tetapi juga perjalanan batin dalam memahami makna kehidupan yang bersulamkan tradisi, tanah dan binatang peliharaan yang luar biasa : kerbau. Dalam kalangan masyarakat Bisaya, kerbau bukan hanya binatang ternakan. Ia adalah nadi kehidupan, saksi bisu kepada musim menuai dan musin kenduri serta pembawa makna dalam adat yang diwarisi turun temurun. Jejak Kerbau bukan sekadar dokumentasi etnografi, ia adalah penghormatan terhadap sebuah komuniti yang sabar, tabah dan kaya nilai hidup. Buku ini juga menjadi wadah kecil untuk menghidupkan semula suara dan cerita dari hujung kampung ke tengah kota, agar warisan ini tidak hanya kekal di tanah asalnya tetapi menyemberangi sempadan waktu dan generasi. Setiap cerita yang dikongsi, berdasarkan penglihatan dunia dari mata mereka dengan penuh hormat dan keinsafan. Semoga buku ini menjadi sumbangan kecil kepada khazanah besar warisan kita bersama.
Azman Ismail
2025-04-25
9789672683322
Reference Education & Teaching
eBook
pdf
File Size 3,477.63 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.