Perintah Gaji Minimum dan Amalan Fleksibiliti-Organisasi dalam Sektor Perhotelan (UUM)
by
Rozila Ahmad
( Author )
,
Noor Amalina Mat Yusof
( Author )
,
Rusli Affandi
( Author )
Buku ini ditulis untuk rujukan pelajar yang mengikuti kursus berkaitan pengurusan sumber manusia dalam sektor perhotelan dan mereka yang terlibat dengan pengurusan sumber manusia di hotel. Buku ini mengandungi maklumat berkaitan pelaksanaan gaji minimum di Malaysia dan cara sector perhotelan menghadapinya. Buku ini membincangkan secara terperinci mengenai amalan fleksibiliti-organisasi terutamanya fleksibiliti-fungsi dan fleksibiliti-angka. Disertakan dalam buku ini ialah maklumat mengenai risiko amalan fleksibiliti-organisasi yang menggunakan contoh sebenar dalam sektor perhotelan. Buku ini menggunakan gabungan teori dan maklumat baharu dan lama.
Sumber rujukan baharu akan membantu pembaca memperoleh perspektif baharu tentang pengurusan sumber manusia dalam sektor perhotelan. Sumber rujukan lama pula tidak dapat dipinggirkan kerana negara maju telah lama melaksanakan fleksibiliti-organisasi. Sehubungan dengan itu, penulisan dari negara maju walaupun telah lama diterbitkan perlu dimanfaatkan. Skop kandungan terdiri daripada sektor perhotelan dan pelaksanaan gaji minimum, kesan pelaksanaan gaji minimum dalam sector perhotelan, perancangan sumber manusia bagi menghadapi kenaikan gaji minimum, fleksibiliti-organisasi, fleksibiliti-fungsi, fleksibiliti-angka, faedah pelaksanaan fleksibiliti-fungsi, faedah pelaksanaan fleksibiliti-angka, cabaran pelaksanaan fleksibiliti-fungsi, cabaran pelaksanaan fleksibilitiangka, dan kaedah mengatasi cabaran pelaksanaan fleksibiliti-organisasi.