Tari Minangkabau: Dari Pancak dan Pamenan ke Tari Persembahan by Indra Utama ( Author )
Buku ini menyajikan hal-hal yang yang menarik sebagai hasil kajian yang mendalam tentang kewujudan tari Minangkabau yang bermula dari kegiatan pancak sebagai ilmu bela diri orang Minangkabau sehingga menjadi asas kepada pergerakan tari yang memanifestasikan budaya Minangkabau. Uniknya, kegiatan pancak secara tradisionalnya merupakan aktiviti kaum lelaki Minangkabau. Tetapi kemudian menjadi Tari Minangkabau malah dikuasai pula oleh kaum perempuan sehingga masa kini. Hoerijah Adam, koreografer yang pertama kali mencipta tari Minangkabau berdasarkan usaha hibriditi itu. Pada masa yang sama, Syofyani Yusaf, koreografer seangkatan dengan Hoerijah Adam, turut melakukan penciptaan tari baru berdasarkan usaha hibriditi. Manakala pada dekad selanjutnya, Gusmiati Suid, muncul sebagai koreografer yang memperkasakan kewujudan seni tari Minangkabau di pentas tari dunia berdasarkan eksplorasi pergerakan pancak. Buku ini tidak hanya penting dari segi penemuan yang menarik, tetapi juga mengandungi informasi yang kaya tentang perkembangan tari Minangkabau yang dipelihara sebagai tari tradisi di kampung-kampung orang Minangkabau dan sebagai tari persembahan yang menampilkan budaya Minangkabau masa kini. Bagi masyarakat Minangkabau, proses hibriditi di dalam bidang tari persembahan dianggap sebagai hal yang baik kerana dapat membuka peluang baru kepada peminatnya untuk mencapai prestasi di bidang tari persembahan. Dengan itu, masyarakat Minangkabau dapat menerimanya sebagai mana mereka menerima sesuatu perubahan ibarat pepatahnya “sakali aie gadang, sakali tapian barubah”.
University of Malaya Press
2016-05-03
978-983-100-871-3
Arts & Photography
eBook
pdf
File Size 20,731.86 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.