Kasih Si Merak by Aein Dhiyauddin ( Author )
BLURB : CHEMPAKA SARI Burung merak jantan mengembangkan ekornya yang megah berwarna-warni untuk memikat si betina. Tapi awak, Hud Zafry tak perlu berbuat apa-apa. Satu senyuman daripada awak sudah cukup untuk menambat hati mana-mana wanita yang memandang. Tak terkecuali saya. Awak ibarat si merak, penuh pesona dan keyakinan. Manakala saya, cuma seekor gagak hitam yang tak pernah cukup cantik untuk berdiri di sisi awak. Saya perempuan kotor. Memiliki cinta awak adalah mustahil untuk saya. “Sekiranya kita berjumpa di situasi yang berbeza… adakah awak akan pandang saya?” – Chempaka Sari. HUD ZAFRY Chempaka Sari, kau ibarat bunga Kembang Merak. Kecil... cantik... berwarna garang, nampak lemah tapi kuat, namun mampu bertahan dalam cuaca yang paling terik. Tidak menonjol, tetapi mampu membuat sesiapa yang melihat terpesona. Selama ini aku fikirkan kau tak layak untuk aku. Tapi sebenarnya aku yang tak layak untuk kau. Aku malu kepada diri sendiri kerana menganggap diri aku lebih baik, sedangkan aku lebih hina berbanding kau. Aku tak layak untuk kau, Chempaka Sari. “Sekiranya kita berjumpa di situasi yang berbeza, adakah kita boleh menjadi pasangan yang saling mencintai.” – Hud Zafry Jika semuanya tidak bermula dengan dendam, salah faham, dan luka yang dalam… mereka pasti boleh menjadi pasangan paling bahagia. Dipaksa berkahwin dengan Chempaka Sari; perempuan simpanan ayahnya sendiri, merupakan neraka bagi Hud Zafry. Namun satu demi satu perkara terbongkar di sebalik perkahwinan itu. Sehingga akhirnya sebuah rahsia terbongkar. Antara harapan dan keraguan, mampukah kasih mereka bertahan?
Love Novel Publishing
2025-08-27
978-629-7553-44-3
Literature & Fiction Romance
Hardcopy
1 KG
416
19 x 12 x 4 CM
5
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.