TRANSFORMASI KARAKTER A-Z GRADUAN MENJADI USAHAWAN BERJAYA by UMK PRESS - Universiti Malaysia Kelantan ( Author )
Zaman telah berubah dan graduan universiti kini tidak lagi memikirkan hanya untuk mencari pekerjaan sama ada di sektor kerajaan atau swasta untuk ‘makan gaji’ bagi menyara kehidupan mereka. Telah ramai graduan yang menganggap alam universiti sebagai satu ‘platform’ untuk menimba sebanyaknya ilmu, mencari pengalaman dan membentuk keperibadian untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran sebenar dunia di luar. Ramai yang telah mula nampak bahawa bidang perniagaan dan menjadi seorang usahawan merupakan satu cabang kerjaya yang menyediakan bukan sahaja peluang pekerjaan yang banyak tetapi juga memberi peluang lebih besar untuk menjadi seorang hartawan. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa menceburi dunia perniagaan boleh menjadikan seseorang itu jutawan tetapi ia juga boleh menjadikan seseorang itu muflis. Persediaan pertama yang perlu dilakukan oleh setiap graduan yang ingin menjadi usahawan berjaya adalah membentuk karakter yang betul dalam dirinya. Buku ini mengupas 26 karakter penting dari A-Z yang dapat membantu anda untuk mengorak langkah menuju ke puncak kejayaan. Pelbagai kisah benar usahawan berjaya di dalam dan luar negara dikongsikan untuk panduan setiap graduan yang mempunyai misi besar untuk membina empayar perniagaan sendiri.
Penerbit UMK
2023-12-24
978-967-0021-94-2
Business & Money Education & Teaching Parenting & Relationships
epub
File Size 3,790.81 KB
Bahasa Melayu
RM 25.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search