Analisis Berangka Masalah Hidomegnatik Dalam Bahantara Berling by Zaihar Yaacob ( Author )
, Mohammad Khatim Hassan ( Author )
, Bahari Idrus ( Author )
Bahantara berliang berkeupayaan menjana tenaga haba sendiri secara dalaman yang membolehkan aliran alakan terjadi. Pelbagai aplikasi bahantara berliang di dalam bidang geofizik dan kejuruteraan seperti reaktor pemangkin kimia, penukar haba, pembuangan sisa bahan radioaktif bawah tanah, penyimpanan bahan makanan, proses pengeringan yang cekap tenaga. pemprosesan makanan dan aliran air dalam tanah. Teori pemindahan haba alakan dalam medium berliang adalah fenomena kompleks yang bergantung kepada persamaan pembezaan separa saling berkait yang tidak mempunyai penyelesaian analitik kecuali untuk masalah yang dipermudahkan, menyebabkan penyelesaian berangka terpaksa digunakan. Kaedah beza terhingga piawai (KBTP) adalah kaedah yang popular kerana rumus matematik dan aturcara yang mudah difahami. Tetapi KBTP memerlukan bilangan titik grid yang banyak untuk mendapat jawapan yang jitu dan bermakna. Ini menyebabkan aturcara mengambil masa yang panjang untuk menumpu dan juga memberi kesan kepada storan dan memori komputer. Buku ini membincangkan keberkesanan kaedah beza terhingga tak piawai (KBTTP) dalam menyelesaikan masalah alakan tabil di dalam bahantara berliang segiempat tepat. Penyelesaian yang terhasil Lyapar dalam graf kontor garis strim dan garis isoterma yang masing-masing merujuk kepada pergerakan halaju bendalir dan taburan suhu dalam bahantara berliang. Kadar pemindahan haba ditunjukkan oleh nombor Nusselt tempatan dan nombor Nusselt purata. Buku ini juga memperkenalkan skema hybrid antara pemalar ruang (x,y) serta pemalar masa (t). Hasil simulasi untuk bilangan titik grid antara 4 hingga 50, skema KBTTP hibrid ini berjaya mengurangkan masa penumpuan sehingga 225 kall ganda berbanding KBTP dan bilangan lelaran berkurangan sehingga 500 kali ganda berbanding KBTP tanpa menjejaskan kajituan. Buku ini dipersembahkan dalam lima bab, iaitu Teori Fizik dan Asas Matematik dalam Masalah Hidromagnetik, Kaedah Beza Terhingga, Olakan Tabli Hidromagnetik Berkeadaan Mantap dalam Bahantara Berliang. Olakan Tabii Hidromagnetik Berkeadaan Tak Mantap dalam Bahantara Berliang dan Skema Beza Terhingga Tak Piawai Olakan Tabli dalam Bahantara Condong Berliang.
Penerbit UKM
2023-06-07
978-967-251-953-9
Reference
epub
File Size 8,916.28 KB
Bahasa Melayu
RM 35.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search