Gamifikasi Dalam Mentoran Kemahiran Insaniah by Tengku Siti Meriam Tengku Wook ( Author )
, Masura Rahmat ( Author )
, Syahanim Mohd Salleh ( Author )
Gamifikasi dalam Mentoran Kemahiran Insaniah adalah suntingan beberapa penulisan hasil penyelidikan penyelidik di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, Universiti Pertahanan Malaysia, Universiti Teknologi MARA cawangan Negeri Sembilan, kampus Kuala Pilah dan Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penyelidikan yang dilakukan oleh kumpulan ini meliputi aspek dan aktiviti mentoran kemahiran insaniah secara konvensional dan berbantukan sistem serta aspek teknik gamifikasi. Buku ini menerangkan pembelajaran maya dalam mentoran dengan mengadaptasi teknik gamifikasi yang dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran maya, mengubah tingkah laku dan menyuntik motivasi pelajar. Model reka bentuk gamifikasi dibincangkan melibatkan persekitaran pembelajaran bersama rakan sebaya dengan peranan pendidik sebagai mentor bagi penyelesaian masalah dengan lebih berkesan. Buku ini memberi idea kepada pendidik merancang dan melaksana mentoran berdasarkan pengalaman Kelab Inovasi Video mengimplementasi gamifikasi dalam mentoran berjaya mewujudkan pembelajaran menyeronokkan dan memberi impak kepada prestasi kemahiran insaniah dan prestasi akademik pelajar di FTSM. Pengalaman melaksanakan gamifikasi dalam mentoran ini dibincangkan daripada sudut pandang proses, pengguna dan penilaian mempraktikkan elemen gamifikasi seperti cabaran, maklum balas dan ganjaran bagi mendorong keseronokan kegiatan dirancang. Beberapa kegiatan mentoran lepas yang berimpak dengan keterlibatan industri, badan kerajaan dan NGO turut dikongsi dengan penyertaan pelajar sekolah, mahasiswa IPT dan masyarakat umum turut menerima impak hasil daripada mentoran berkesan.
Penerbit UKM
2023-06-07
978-629-7547-06-0
Reference
epub
File Size 8,994.17 KB
Bahasa Melayu
RM 21.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search